Kerjaya antarabangsa Patrick_Kluivert

Kluivert melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 16 November 1994 menentang Republik Czech dalam perlawanan kelayakan Euro 1996. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada perlawanan keduanya untuk Belanda pada 29 Mac 1995. Beliau menggantikan Ronald de Boer pada minit ke-77 dan tujuh minit kemudian, beliau menyumbat jaringan pertamanya menentang Malta.

Kluivert banyak terlepas aksi UEFA Euro 1996 akibat mengalami kecederaan lutut. Pada perlawanan terakhir pusingan kumpulan, beliau menjaringkan gol hasil hantaran Dennis Bergkamp ketika menentang England sekali gus membolehkan Belanda mendapatkan tempat di pusingan kalah mati menerusi perbezaan gol dengan Scotland. Walau bagaimanapun, mereka tewas pada penentuan penalti kepada Perancis.

Dalam saingan Piala Dunia 1998, Kluivert dibuang padang pada perlawanan menentang Belgium oleh pengadil perlawanan, Pierluigi Collina selepas menyiku Lorenzo Staelens. Beliau seterusnya membetulkan kesalahannya apabila dipilih untuk beraksi menentang Argentina pada peringkat suku akhir dan menyaksikan Kluivert menjaringkan gol pembukaan perlawanan. Beliau turut menjaringkan gol penyamaan pada lewat perlawanan sewaktu menentang Brazil pada peringkat separuh akhir namun perlawanan berkesudahan Belanda tewas menerusi penentuan penalti.

Kejohanan Euro 2000 menjadikan Kluivert tonggak utama Belanda selaku tuan rumah. Beliau menyumbat hatrik pada peringkat suku akhir menentang Yugoslavia. Beliau asalnya menjaringkan empat gol tetapi gol ketiganya tidak dikira gol sendiri oleh pemain Yugoslavia, Dejan Govedarica selepas Kluivert mengakui tidak menerima sentuhan hasil hantaran lintang Paul Bosvelt. Perlawanan berkesudahan Belanda menang besar 6-1. Pada perlawanan seterusnya menentang Itali, Kluivert gagal memanfaatkan dua peluang terbaik dari kotak penalti. Kluivert turut gagal menyempurnakan penaltinya pada tengah perlawanan walaupun beliau berjaya menyudahkannya pada penentuan penalti. Walaupun laluan Belanda tersekat di separuh akhir, Kluivert menerima anugerah Kasut Emas bersama Savo Milošević.

Selepas kejohanan UEFA Euro 2004, beliau tidak dipanggil ke skuad Piala Dunia 2006 oleh jurulatih Marco van Basten. Kluivert turut tidak beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Hal ini kerana kecederaan dialaminya menghalang beliau bermain untuk kelab ketika musim 2005-06. Kluivert menjadi penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Belanda dengan 40 gol sebelum rekod itu dikejutkan Robin van Persie pada 2013.

Statistik

Pasukan kebangsaan Belanda
TahunKmnclnGol
199410
199553
199651
199752
1998117
199984
20001412
200194
200263
2003114
200440
Jumlah7940

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Patrick Kluivert
#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1 29 Mac 1995Rotterdam, Belanda Malta4–0 4–0 Kelayakan Euro 1996
2 13 Disember 1995Liverpool, England Ireland0–10–2
3 0–2
4 18 Jun 1996London, England England4–1 4–1 Euro 1996
5 29 Mac 1997Amsterdam, Belanda San Marino1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 1998
6 6 September 1997Rotterdam, Belanda Belgium2–0 3–1
7 24 Februari 1998Miami Gardens, Amerika Syarikat Mexico0–13–2Persahabatan
8 0–2
9 1 Jun 1998Eindhoven, Belanda Paraguay3–1 5–1
10 5 Jun 1998Amsterdam, Belanda Nigeria3–05–1
11 4–1
12 4 Julai 1998Marseille, Perancis Argentina1–0 2–1 Piala Dunia 1998
13 7 Julai 1998 Brazil1–1 4–1
14 5 Jun 1999Nazaré, Brazil Brazil2–1 2–2 Persahabatan
15 4 September 1999Rotterdam, Belanda Belgium3–25–5
16 4–4
17 5–4
18 23 Februari 2000Amsterdam, Belanda Jerman1–0 2–1
19 29 Mac 2000Brussels, Belgium Belgium2–12–2
20 2–2
21 27 Mei 2000Amsterdam, Belanda Romania2–0 2–1
22 4 Jun 2000Lausanne, Switzerland Poland2–13–1
23 3–1
24 16 Jun 2000Rotterdam, Belanda Denmark1–0 3–0 Euro 2000
25 21 Jun 2000Amsterdam, Belanda Perancis1–1 3–2
26 25 Jun 2000Rotterdam, Belanda Yugoslavia1–06–1
27 2–0
28 4–0
29 7 Oktober 2000Nicosia, Cyprus Cyprus0–4 0–4 Kelayakan Piala Dunia 2002
30 24 Mac 2001Barcelona, Sepanyol Andorra0–1 0–5
31 28 Mac 2001Porto, Portugal Portugal0–2 2–2
32 25 April 2001Eindhoven, Belanda Cyprus3–0 4–0
33 2 Jun 2001Talinn, Estonia Estonia2–3 2–4
34 13 Februari 2002Amsterdam, Belanda England1–0 1–1 Persahabatan
35 7 September 2002Eindhoven, Belanda Belarus2–0 3–0 Kelayakan Euro 2004
36 20 November 2002Gelsenkirchen, Jerman Jerman0–1 1–3 Persahabatan
37 30 April 2003Eindhoven, Belanda Portugal1–0 1–1
38 7 Jun 2003Minsk, Belarus Belarus0–2 0–2 Kelayakan Euro 2004
39 6 September 2003Rotterdam, Belanda Austria2–1 3–1
40 11 Oktober 2003Eindhoven, Belanda Moldova1–0 5–0

Rujukan

WikiPedia: Patrick_Kluivert http://www.ajaxshowtime.com/article/voetbalnieuws/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.footballdatabase.com/site/players/index... http://www.patrick-kluivert.com http://www.pbase.com/tvw/image/71287225 http://www.rsssf.com/miscellaneous/kluivert-intlg.... http://nl.soccerway.com/coaches/patrick-kluivert/4... http://www.teamtalk.com/football/story/0,16368,303... http://www.uefa.com/uefaeuro/finals/history/memori... http://www.uefa.com/uefaeuro/news/newsid=1887223.h...